Saturday, September 19, 2015

6 Letupan Bom di Narathiwat

NARATHIWAT 18 Sept. - Tiga terkorban, manakala lebih 14 lagi cedera selepas enam kejadian letupan bom berlaku di daerah Rangae, wilayah Narathiwat, malam semalam. Laman web Bangkok Post melaporkan, jurucakap polis Lef­tenan Jeneral, Prawut Thavornsiri dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Twitter berkata, dua letupan bom berlaku berhampiran Wat Sangkhasitthitharam, semalam. Beliau berkata, letupan pertama yang berlaku menyebabkan orang ramai bergegas ke tempat kejadian sebelum letupan kedua meletus, menyebabkan banyak penduduk kampung cedera.

 Sementara itu, letupan ketiga berlaku di hadapan kilang Tanyongmas Cooperative, manakala bom keempat meletup di hadapan pejabat cawangan syarikat TOT Plc. Letupan ketiga berlaku apabila sebuah motosikal yang dilengkapi bahan peledak meletup ketika pasukan separa tentera bergerak menuju lokasi letupan pertama. “Kejadian tersebut mengakibatkan seorang tentera dan dua penduduk kampung maut. Orang awam yang maut terdiri daripada lelaki dan wanita.

“Letupan keempat yang berlaku berhampiran landasan kereta api pula, menyebabkan 14 penduduk kampung termasuk empat anggota separa tentera cederaan,” kata Prawut. Dua lagi letupan yang berlaku di Tanyongmas kira-kira pukul 9.20 malam waktu tempatan (10.20 waktu Malaysia), namun tidak mengakibatkan sebarang kecede­raan atau kematian. – AGENSI/AFP sumber

No comments: