Wednesday, September 16, 2015

7 Anggota IS Dihukum Mati, Dalang Pengeboman Masjid

KUWAIT CITY 15 Sept. – Sebuah mahkamah Kuwait hari ini mengenakan hukuman mati terhadap tujuh lelaki dipercayai anggota militan Negara Islam (IS) yang didapati bersalah terlibat dalam serangan berani mati di sebuah masjid milik golongan Syiah pada 26 Jun lalu yang mengakibatkan 26 orang maut dan 227 lagi cedera.

Hakim Mohammad al-Duaij berkata, keputusan itu dibuat bagi menunjukkan bahaya ideologi kumpulan pelampau yang boleh menjurus ke arah keganasan dan pihak berkuasa perlu mengekang fahaman tersebut daripada tersebar.

Seorang daripada pesalah, Abdulrahman Sabah Saud, mengakui memandu kereta untuk membawa pengebom berani mati ke masjid dan diberi jaminan tiada sesiapa akan cedera dalam serangan tersebut. Seorang lagi pesalah, Fahad Farraj Muhareb disebut sebagai pemimpin cawangan militan IS di Kuwait, manakala lima lagi lelaki masih diburu termasuk dua adik beradik dari Arab Saudi, Mohammad dan Majed al-Zahrani. – AFP  sumber

No comments: