Thursday, September 10, 2015

AUSTRALIA Ambil 12,000 Lagi Pelarian SYRIA dan IRAQ

CANBERRA: Australia akan mengambil 12,000 lagi pelarian untuk ditempatkan secara kekal di negara itu sebagai tindakan kepada krisis di Syria, kata Perdana Menteri, Tony Abbott, hari ini.

"Australia akan menempatkan tambahan 12,000 pelarian daripada konflik di Syria dan Iraq. Ia tambahan kepada 13,750 pelarian yang ditempatkan tahun ini," kata Abbott kepada pemberita di Canberra. Abbott berkata, penekanan adalah bagi menyediakan perlindungan untuk wanita, kanak-kanak dan keluarga daripada kaum minoriti yang ditindas yang mencari perlindungan sementara di Jordan, Lubnan dan Turki. - AFP  sumber

No comments: