Tuesday, September 1, 2015

Bapa Bina Robot Bumblebee untuk Anak



BEIJING: Seorang bapa di China mungkin layak digelar 'bapa terbaik' selepas membina watak robot Bumblebee berdasarkan filem Transformers bersaiz sebenar untuk anak lelakinya. Robot buatan sendiri itu kini berada di laman rumah dan kelihatan seperti bersedia menembak roket dan melawan kejahatan.

 Akhbar People's Daily Online melaporkan, ia bermula apabila Wang Liansheng, seorang jurukimpal dari kampung Jiangsu, barat China membawa anaknya menonton filem Transformers: Age of Extinction pada Ogos 2014. Wang membelikan anaknya patung mainan Transformers kecil namun anaknya mahukan robot lebih besar yang tidak mampu dibelinya.

Wang mengambil serius permintaan anaknya dan mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu yang bukan semua bapa mampu lakukan, membina replika Bumblebee, robot kuning Transformers dengan tangannya sendiri. Beliau mengumpul barangan buangan kereta daripada kilang tempatan dan pusat kitar semula sebelum memulakan misinya itu yang mengambil masa hampir setahun. Akhirnya, impian kanak-kanak lelaki yang mahukan watak Transformers bersaiz sebenar menjadi kenyataan. Robot Bumblebee tiga tan berdiri dengan ketinggian lima meter dan lebar tiga meter.

Wang kini membina replika bersaiz sebenar Optimus Prime, satu watak fiksyen utama Transformers. Beliau merancang untuk menukar hobinya kepada perniagaan. "Robot pertama adalah janji kepada anak lelaki saya, robot seterusnya untuk kerjaya saya. Saya bercadang untuk membuka syarikat sendiri dengan tujuh ke lapan pekerja," katanya dalam temubual kepada akhbar. - AGENSI Selanjutnya di :  sumber

No comments: