Tuesday, September 8, 2015

Beratus Pelarian Muslim Bertukar Agama?

Gambar memaparkan Mohammed Ali Zanoobi (tiga dari kanan), seorang

BERLIN 7 Sept. – Beratus-ratus pelarian beragama Islam didakwa bertukar agama semata-mata mahu membuka peluang kepada mereka untuk mendapat status pencari suaka sah di Jerman. Mail Online melaporkan, pelarian berkenaan yang berasal dari Iran dan Afghanistan menukar kepada Kristian di sebuah Gereja Trinity, di sini.

 Paderi gereja tersebut, Gottfried Martens berkata, dia bertanya kepada seorang pelarian Iran adakah kamu mahu keluar dari Islam. “Pelarian tersebut berkata ya,” jelas Martens sambil menambah pelarian yang hanya dikenali sebagai Mohammed Ali Zanoobi itu merupakan seorang tukang kayu dan datang ke negara ini bersama isteri dan dua orang anaknya, lima bulan lalu.

Katanya lagi, hanya sesetengah daripada mereka bertukar agama kerana mahu menetap di Jerman, manakala baki yang lain mahu menjadikan agama Kristian sebagai pegangan hidup. Tambah Martens, dia menganggarkan hanya 10 peratus daripada pelarian yang bertukar agama bersamanya tidak datang semula ke gereja selepas menganut Kristian.

Bagaimanapun, Canselor Angela Merkel baru-baru ini menegaskan, bertukar agama tidak akan membantu pelarian untuk mendapat status pencari suaka di Jerman. -sumber

No comments: