Wednesday, September 16, 2015

Charlie Hebdo Hina Islam Lagi

Aylan Kurdi

PARIS 15 Sept. – Majalah satira Perancis, Charlie Hebdo yang pernah membangkitkan kemarahan penganut Islam kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad S.A.W, sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mempersendakan kematian kanak-kanak pelarian Syria, Aylan Kurdi yang terdampar di pantai Turki kerana lemas. Aylan terkorban dan mayatnya terdampar di Pantai Bodrum di Turki selepas bot dinaiki keluarganya karam ketika dalam perjalanan menyeberangi Laut Mediterranean ke Greece.

 Kartun disiarkan Charlie Hebdo memaparkan seorang kanak-kanak memakai seluar pendek dengan muka tersembam ke pantai bersama keterangan ‘Hampir-hampir berjaya....’. Bersama kartun itu turut dipaparkan gambar muka badut dengan keterangan ‘Selamat datang pendatang. Promosi. Dua orang budak untuk satu harga’.

Satu lagi kartun memperlihatkan susuk tubuh seperti Nabi Isa berjalan di atas air ketika seorang budak lemas di sebelahnya. Kartun itu diiringi keterangan ‘Orang Kristian berjalan di atas air, dan ‘Kanak-kanak Islam pula lemas’. Penyiaran kartun itu dikutuk media seluruh dunia antaranya akhbar Toronto Sun yang menyifatkan Charlie Hebdo mempersendakan kematian Aylan. Akhbar Times of India pula melaporkan, majalah satira tersebut dikecam berhubung penyiaran kartun tersebut. – REUTERS  sumber

No comments: