Tuesday, September 8, 2015

IS Ancam Rampas Rumah Jemaah Haji IRAQ

Militan IS mengugut jemaah haji Iraq bahawa rumah mereka akan

JEDDAH 7 Sept. – Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengancam untuk merampas rumah jemaah-jemaah Iraq sekiranya mereka tidak kembali ke tanah air selepas selesai mengerjakan ibadah haji. Laporan akhbar Arab News menyatakan, bukan setakat itu, IS turut memeras ugut para jemaah supaya membayar AS$300 (RM1,200) supaya boleh menunaikan rukun Islam kelima tersebut.

“Ada laporan menyatakan, anggota IS turut menggunakan perisik bagi memastikan jemaah haji pulang ke Iraq dan berkelakuan baik sepanjang menunaikan ibadah itu,” jelas Arab News.

Jelas akhbar tersebut, wang berkenaan dibayar kepada IS bagi membolehkan para jemaah mengerjakan haji menggunakan laluan di wilayah Anbar. Dalam pada itu, Presiden Suruhanjaya Tinggi Haji dan Umrah, Khaled Al- Attiyah menggesa supaya pihak berkuasa Iraq mengehadkan umur jemaah haji kepada yang berusia 60 tahun ke bawah sahaja berikutan faktor keselamatan.

Aktivis Iraq, Ghanem Al-Abed berkata, pihak berkuasa Baghdad kemudian memberi maklum balas positif terhadap permohonan tersebut. - See more at:

No comments: