Friday, September 11, 2015

Jarum Tertusuk di Otak

Imbasan X-ray menunjukkan sebatang jarum tajam berukuran lima

BEIJING 10 Sept. – Seorang wanita China tidak menyangka sakit kepala yang sering dialami sejak 46 tahun lalu berpunca daripada sebatang jarum yang menembusi tengkorak sehingga tertusuk ke dalam otaknya. Menurut laporan portal People’s Daily, wanita berasal dari Anhui, timur China yang hanya dikenali sebagai Liu itu menyedari perkara tersebut apabila bertemu doktor di Hospital Besar Huaibei Miners pada hujung bulan lalu bagi merawat kesakitan yang dialaminya. Jelas laporan berkenaan, hasil imbasan yang dilakukan doktor mendapati, jarum tajam sepanjang lima sentimeter tertusuk di bahagian atas tengkorak wanita berusia 48 tahun itu.

Sebelum ini, Liu sering berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, tetapi tidak pernah mengetahui punca sebenar kesakitan kepala yang dialaminya. “Doktor percaya jarum ber­kenaan tertusuk sejak usia Liu masih bayi dan pada usia berkenaan otak wanita tersebut tidak berkembang sepenuhnya menyebabkan besi tajam itu tidak menjejaskan pertumbuhannya,” tambah laporan itu.

 Pihak hospital mencadangkan Liu menjalani pembedahan otak bagi membuang jarum itu ekoran kebimbangan objek berkenaan boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatannya. Liu mengambil keputusan untuk meneruskan pembedahan yang berlangsung semalam walaupun berdepan risiko tinggi. Bagaimanapun keputusan pembedahan itu masih belum diketahui. sumber

No comments: