Thursday, September 10, 2015

Jurukamera Jatuhkan Pelarian SYRIA Dipecat

PETRA Lazlo dirakam sengaja menyepak dan menyandung kaki seorang

BUDAPEST 9 Sept. – Seorang jurukamera wanita stesen televi­syen tempatan Hungary dipecat selepas sengaja menyepak dan menyadung kaki seorang pelarian Syria yang sedang mendukung anak ketika melarikan diri daripada polis. Perbuatan wanita terbabit, Petra Lazlo yang bekerja untuk stesen televisyen tempatan, N1TV, sempat dirakamkan oleh seorang jurukamera lain ketika beratus-ratus pelarian Syria melarikan diri dari kem Roszke yang terletak di sempadan Hungary-Serbia semalam.

Menurut laporan portal Mail Online, rakaman yang disiarkan dalam internet, menunjukkan pelarian terbabit terjatuh bersama anaknya selepas Lazlo sengaja menyadung kaki lelaki berkenaan. Susulan kejadian kontroversi tersebut, pengguna media sosial mengutuk tindakan Lazlo yang disifatkan sebagai ‘memalukan’ dan ‘bodoh’. Syarikat N1TV dalam kenya­taannya berkata, Lazlo dipecat serta-merta ekoran penyebaran video tindakannya yang memalukan itu.

“Kelakuan staf N1TV (Lazlo) di kem pelarian Roszke tidak boleh diterima dan kontrak jurukamera terbabit ditamatkan dengan serta-merta,” kelas kenyataan itu. Lelaki yang dijatuhkan de­ngan sengaja oleh Lazlo merupakan seorang daripada beratus-ratus pelarian yang melarikan diri akibat layanan buruk polis Hungary. Kumpulan pelarian tersebut merupakan sebahagian 1,500 orang yang menunggu selama beberapa jam di pusat pengumpulan pelarian dekat sempadan Roszke. sumber

No comments: