Tuesday, September 1, 2015

Nuklear PAKISTAN yang Ketiga Selepas AS dan RUSIA?

bomXnuklir

Sebuah laporan yang baru-baru ini dikeluarkan oleh dua pusat lembaga penyelidikan kenamaan Amerika Syarikat, “Carnegie” dan “Stimson” menyatakan bahawa pemerintah Pakistan ingin menjadikan negaranya sebagai pemilik hulu ledak nuklear  terbesar ketiga di dunia setelah AS dan Rusia.

Dalam laporan Carnegie dan Stimson diterbitkan pada akhir minggu lepas menyatakan bahawa saat ini pemerintah Islamabad mansasarkan untuk membuat 20 hulu ledak nuklear setiap tahunnya.

“Mereka mensasarkan akan memiliki 350 hulu ledak nuklear pada akhir tahun 2025 akan datang,” tulis Carnegie dan Stimson dari sumber yang dirahsiakan.

Perlu diketahui bahawa Pakistan memiliki lombong uranium dengan kualiti tinggi yang dapat dengan mudah digunakan dalam pengembangan dan pembuatan senjata nuklear.

Menurut 2 lembaga penelitian asal AS tersebut, ambisi Pakistan didasari ketakutan atas kepemilikan senjata nuklear oleh India yang menjadi musuh utama bagi Islamabad, khususnya dalam perebutan wilayah Kashmir.

Pakistan sendiri hingga kini memiliki 120 kepala hulu ledak nuklear, jauh lebih banyak 20 buah hulu ledak nuklear, jika dibandingkan dengan India yang hanya memiliki 100 buah hulu ledak nuklear. (Rassd/Ram) sumber

No comments: