Friday, September 4, 2015

Ombak Sungai Qiantang Setinggi 9 Meter

Seorang pengunjung sempat mengambil gambar ketika ombak Sungai

BEIJING 2 Sept. – Sekumpulan pelancong yang berkunjung ke Sungai Qiantang, timur China untuk melihat fenomena air pasang surut, dikejutkan dengan ombak setinggi sembilan meter dari permukaan air yang membadai tembok tebing sungai itu.

Ombak besar itu juga membuatkan semua pengunjung bertempiaran lari menyelamatkan diri bagi mengelakkan mereka basah atau terjatuh ke dalam sungai. Portal Mail Online melaporkan, fenomena mengagumkan tersebut sempat dirakamkan beberapa pengunjung yang menunjukkan ombak besar sungai itu melimpahi tembok dan memasuki kawasan pemerhatian yang dibina khas untuk pelancong.

Ombak yang terhasil di Sungai Qiantang merupakan satu daripada yang terbesar di dunia dan boleh mencapai ketinggian bangunan tiga tingkat. Fenomena luar biasa itu terhasil disebabkan kesan graviti matahari dan bulan, menyebabkan air pasang berlaku pada 18 Ogos mengikut kalendar Cina dan 30 September mengikut kalendar Gregory. -sumber

No comments: