Thursday, September 3, 2015

Pemimpin Ikhwan Meninggal dalam Penjara

Pemimpin Ikhwanul Muslimin meninggal di dalam penjara rezim Mesir

Seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin telah meninggal di penjara Kaherah, yang termasuk dalam rentetan kematian para penentang rejim di kem-kem tahanan di Mesir.

“Husni Diab meninggal di sebuah hospital penjara setelah kesihatannya memburuk,” kata peguam Khaled al–Komi kepada Anadolu Agency. Rabu (2/8/2015). Dia mengatakan bahawa pemimpin Ikhwanul Muslimin yang menderita kanser itu, telah ditahan selama dua tahun tanpa perbicaraan.

Satu sumber mengesahkan Diab telah meninggal dunia di hospital penjara Abu Zaabal di Kaherah utara. Sebuah sumber medik mengatakan bahawa pemimpin Ikhwanul Muslimin itu menderita kanser hati.

“Dia dirawat di hospital beberapa hari yang lalu, tapi kesihatannya semakin memburuk dan dia meninggal pada Selasa malam,” katanya. Tidak ada komentar dari pihak berkuasa Mesir terkait kematian itu. Dalam beberapa minggu terakhir, beberapa penentang rejim diktator Mesir telah meninggal di penjara.  sumber

No comments: