Tuesday, September 1, 2015

Penganjur BERSIH Akan Terima Bil Pembersihan Kawasan

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menghantar bil bagi kerja-kerja membersihkan kawasan kepada penganjur perhimpunan haram Bersih 4.0 bernilai RM65,000 selewat-lewatnya minggu ini.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pihaknya telah mengambil kira kos tambahan membersihkan kawasan yang digunakan dalam perhimpunan berkenaan dan jumlah itu hanya membabitkan kerja-kerja pembersihan di ibu negara.

 “Oleh itu penganjur, Maria Chin Abdullah jangan habiskan dana yang dikumpul kerana kita akan menghantar bil kepadanya dalam minggu ini untuk mereka bayar,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran Pelaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE  sumber

No comments: