Friday, September 4, 2015

Persembunyian Luar Biasa

Pencari suaka dari Guinea sanggup bersembunyi di dalam bonet yang

MADRID 2 Sept. - Seorang pendatang asing bernasib baik kerana masih hidup selepas dijumpai bersembunyi di ruang bonet enjin sebuah kereta ketika dia cuba menyusup masuk ke Sepanyol, baru-baru ini. Pencari suaka dipercayai dari Guinea, Afrika Barat itu ditemukan polis sempadan Sepanyol dalam kedudukan seperti bayi semasa menyorok di ruang sempit tersebut, yang telah diubah suai antara radiator dan blok enjin, di bandar Cueta.

Polis sempadan bertindak menahan kereta dari Maghribi itu selepas mendapati pemandunya kelihatan resah ketika melalui pemeriksaan. Pendatang asing itu kemudiannya dibawa ke hospital selepas mengalami kesan sampingan haba dan gas beracun, malah doktor menyifatkan dia boleh terkorban jika berada di ruangan tersebut terlalu lama.

Seorang lagi pendatang, juga dari Guinea ditemukan bersembunyi di dalam ruangan kecil di bahagian tempat duduk belakang kereta itu. Dia turut dibawa ke hospital kerana mengalami kekejangan dan kurang air, lapor Daily Tele­graph. Perjalanan bahaya yang perlu ditempuh pendatang asing menunjukkan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari kehidupan baharu yang lebih baik di negara-negara Eropah ketika krisis pendatang di rantau berkenaan semakin sukar dikawal.

 Awal bulan ini, seorang pendatang maut selepas bersembunyi dalam sebuah bagasi bagi tempoh sekurang-kurangnya lima jam ketika menaiki pesawat yang turun di Sepanyol. -  sumber

No comments: