Tuesday, September 29, 2015

Presiden MALDIVES Terselamat dari Letupan

MALE 28 Sept. – Presiden Maldives, Abdulla Yameen terselamat selepas satu letupan berlaku di dalam bot yang dinaikinya semasa pulang menunaikan haji, hari ini. Saluran berita BBC melaporkan, isteri beliau, Fathimath Ibrahim dan dua orang pembantunya cedera dalam kejadian tersebut.

 Letupan besar itu berlaku ketika bot berkenaan berlabuh di Male selepas merentasi Lautan Hindi. Menteri Kabinet, Mohamed Shareef berkata, bunyi letupan kedengaran sejauh beratus-ratus meter. “Mereka yang cedera adalah pegawai keselamatan Presiden dan seorang kakitangan protokol. “Polis tidak mengetepikan sebarang kemungkinan. Siasatan sedang dilakukan bagi memastikan sama ada serangan memang disasarkan terhadap Presiden,” katanya.

Abdulla mengiringi isterinya yang cedera ringan ke hospital. Wartawan kebetulan berada di jeti tersebut bagi menyambut kepulangan Abdulla selepas melawat Arab Saudi dan mengerjakan haji. Saksi berkata, mereka melihat ambulans dikejarkan ke jeti berkenaan dan polis segera menutup kawasan tersebut. – AFP  sumber

No comments: