Tuesday, September 1, 2015

RnR Tapah Ditutup 4 Bulan Mulai Khamis Ini

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah di kedua-dua arah di Lebuh Raya Utara-Selatan akan ditutup selama empat bulan mulai Khamis ini bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf. Projek Lebuh Raya Usahasama Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan berkata, penutupannya bermula 3 September hingga 2 Januari tahun depan itu bagi menaik taraf gerai makan dan minuman serta medan selera sedia ada. Bagaimanapun, restoran, tandas awam, gerai buah-buahan, surau, kawasan meletak kenderaan serta stesen minyak masih dibuka seperti biasa.

PLUS turut memaklumkan penutupan sementara beberapa kawasan R&R bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Kawasan R&R yang akan ditutup esok ialah R&R Machap arah utara, R&R Macahap arah selatan dan R&R Dengkil arah selatan pada Selasa, R&R Pagoh arah selatan dan R&R Dengkil arah utara pada Rabu minggu hadapan. Stesen minyak bagi semua R&R yang ditutup itu masih beroperasi seperti biasa. - Bernama -  sumber

No comments: