Wednesday, September 9, 2015

RUSIA Hantar Kapal Selam Nuklear Terbesar ke SYRIA

Dmitry Donskoy TK-208

Sebuah laman berita intelejen milik Zionis Israel mengungkapkan bahawa sebuah kapal selam nuklear terbesar di dunia milik pemerintah Rusia dilaporkan kini sedang dalam perjalanan menuju Syria untuk membantu rejim Bashar Al Assad.

Dalam laporannya pada hari Selasa (08/09), laman Debka menyatakan bahawa kapal selam yang dikenal dengan nama Dmitry Donskoy TK-208 ini membawa 20 bom nuklear antara benua jenis Bulava RSM-56, serta 200 hulu ledak nuklear lainnya yang tujuannnya akan ditempatkan di depan garis pantai Syria
.
Menurut sumber Debka yang tidak mahu dinyatakankan identititinya menerangkan bahawa kapal selam tersebut telah berlayar sejak tangga 4 September lalu dari Rusia, dengan pengawalan 2 kapal perang anti-kapal selam buatan. Dan dijangka akan tiba di Syria pada tanggal 8 September semalam.

Entah apa tujuan Rusia mengerahkan kapal selam nuklear terbesar miliknya, akan tetapi sejumlah pihak menduga ini adalah peringatan keras dari negeri “beruang merah” terhadap AS dan aliansinya agar tidak macam-macam dengan Bashar Al Assad.

Perlu diketahui bahwa NATO menjuluki kapal selam Dmitry Donskoy TK-208 sebagai kapal selam “taupan” kerana kemampuannya yang sangat ditakuti oleh Amerika dan sekutu-sekutunya. sumber

No comments: