Tuesday, September 1, 2015

SAUDI - 10 Maut 259 Cedera dalam Kebakaran



RIYADH: Tiga warga Kanada, seorang warga Pakistan dan seorang warga Nigeria adalah antara 10 yang terbunuh dalam kebakaran di sebuah kawasan kediaman syarikat minyak Arab Saudi.

Kebakaran awal hari ini itu berlaku di kompleks perumahan pekerja syarikat gergasi minyak Saudi Aramco. Kol Ali Saad al-Qahtani, jurucakap pasukan pertahanan awam bagi wilayah timur, berkata 10 orang terbunuh manakala 259 lagi cedera dalam kebakaran itu.

Al-Qahtani tidak menyatakan kewarganegaraan lima lagi mangsa yang terbunuh. Siasatan awal mendapati litar pintas pada pencawang di tingkat bawah tanah bangunan terbabit menyebabkan kebakaran itu yang merebak pantas serta menyambar 130 kereta yang diletakkan di situ.

Kompleks yang dikenali sebagai Radium itu adalah kawasan kejiranan berpagar dengan lapan blok bangunan enam tingkat dengan 486 unit kediaman serta kolam renang dan kemudahan riadah lain. - AP sumber

No comments: