Wednesday, September 16, 2015

Spiderboy PALESTIN Beraksi

Mohammed El-Sheikh menunjukkan kebolehannya melakukan aksi gimnastik

GENTING GAZA 15 Sept – Seorang kanak-kanak lelaki Palestin berusia 11 tahun, menjadi perhatian di media sosial apabila beberapa imej tersebar memaparkan kebolehannya melakukan aksi gimnastik dengan memakai pakaian superhero Spiderman di tengah-tengah runtuhan bangunan di Palestin. Portal berita Daily Mail melaporkan, Mohammed El-Sheikh sering kali dilihat melakukan aksi gimnastik di sekitar Genting Gaza yang menyaksikan kemusnahan besar berikutan serangan rejim Zionis tahun lalu.

 Kanak-kanak itu mampu meregangkan badan dan berdiri menggunakan sebelah tangan di celah-celah dinding bangunan yang runtuh. Kemusnahan bangunan yang menjadi latar belakang gambar Mohammed beraksi, turut menggambarkan keadaan ekonomi rakyat Palestin sejak beberapa tahun lalu selepas diserang Israel.

Seperti yang digambarkan dalam imej Mohammed, Gaza kini seperti ‘padang jarak padang tekukur’ selain terbiar dan menjadi kawasan yang tandus untuk seorang kanak-kanak untuk dijadikan sebagai tempat tingggal. Satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan ini meramalkan, Genting Gaza yang ketika ini menjadi kediaman kepada sekitar 1.8 juta penduduk Palestin akan menjadi tempat yang tidak boleh didiami dalam tempoh masa kurang lima tahun lagi.  sumber

No comments: