Friday, September 4, 2015

Tentera Gabungan Negara2 Arab akan ke SYRIA

kerry

Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat, John Kerry, membocorkan bahawa negara-negara Arab akan mengirimkan pasukan gabungan mereka ke Syria dalam waktu terdekat.

Pernyataan ini dikatakan John Kerry dalam wawancaranya dengan stesen televisyen CNN pada hari Rabu (02/09), seperti disiarkan akhbar Le Figaro Perancis.

“Tentera gabungan Arab akan tiba di Syria dalam waktu terdekat. Mereka akan bertugas melawan pejuang Negara Islam yang kini menguasai 50% wilayah Syria,” ujar Kerry tanpa mahu membocorkan negara Arab mana yang akan bergabung.

Sementara itu ketika ditanya mengenai penggulingan Presiden Bashar Al Assad, Menteri Luar AS ini percaya bahawa kelompok pejuang revolusi Syria akan mampu menggulingkan Assad dari tampuk kekuasaan. (Dostor/Ram) sumber

No comments: