Tuesday, September 8, 2015

Zionis Sokong MESIR Bina Kolam Air Garam di Perbatasan Rafah

zona penyangga mesir

Bahagian Lingkungan Palestin di Jalur Gaza menegaskan bahawa projek pembangunan kolam air garam di sepanjang perbatasan kota Rafah untuk menghancurkan terowong di daerah perbatasan akan memberi kesan langsung pada keamanan air kedua-dua negara.

Dalam keterangan wakil ketua pihak pengurusan air Gaza, Mazen al-Banna, kepada laman berita “Al Quds lil Akhbar” mengatakan, “Projek pembangunan kolam air garam di sepanjang perbatasan Rafah-Gaza adalah ancaman serius bagi keamanan air, makanan, dan ekonomi bagi Mesir dan Palestin.”

Mazen al-Banna melanjutkan, “Sebelum menghancurkan lingkungan di Palestin, air garam yang akan disedut dari Laut Mediteranian akan terlebih dahulu mematikan lingkungan di wilayah Mesir. Ini jelas projek yang akan merugikan kedua-dua negara jika dibanding dengan keuntungannya.”

“Ini adalah bentuk usaha baru dari rejim diktator Mesir yang sebelumnya dipimpin oleh Husni Mubarak dalam rangka menghancurkan terowong-terowong Rafah-Jalur Gaza,” ujar Mazen al-Banna.
Projek ini sendiri telah dimulai pemerintah kudeta Mesir sejak 16 Ogos lalu, dengan didukung dari pemerintah Zionis Israel. (Rassd/Ram) sumber

No comments: