Thursday, October 15, 2015

1,633 Kematian Akibat Rempuhan di Mina

Gambar bertarikh 24 September lalu menunjukkan jemaah Islam dan

DUBAI 14 Okt. – Angka kematian akibat tragedi rempuhan di Mina meningkat kepada sekurang-kurangnya 1,633 orang, menurut kiraan diberikan oleh pegawai asing. Jumlah kematian tersebut menjadikan tragedi pada 24 September lalu itu sebagai kejadian paling berdarah dalam sejarah musim haji. Arab Saudi sebelum ini menyatakan, sebanyak 769 jemaah terbunuh dalam tragedi berkenaan. Pihak berkuasa Arab Saudi juga tidak memberikan pecahan mangsa mengikut negara.

Bagaimanapun, kebanyakan kerajaan asing memberikan jumlah jemaah haji dari negara mereka yang terbunuh dalam tragedi terbabit dan kiraan AFP menunjukkan angka tersebut melebihi tragedi rempuhan di sebuah terowong di Mina pada Julai 1990 yang menyaksikan 1,426 jemaah maut. Iran menyatakan sebanyak 464 rakyatnya terbunuh, Mesir (177), Nigeria (145), Indonesia (127), India (101), Pakistan (87), Bangladesh (79), Mali (6), Senegal (54), Chad (52), Benin (34), Maghribi (33), Ethiopia (31), Sudan (30), Algeria (28) dan Niger (28). Burkina Faso turut melaporkan 22 rakyatnya maut, Cameroon (20), Ivory Coast (14), Libya (10), Somalia (8), Kenya (6), Ghana (5), Mauritius (5), Tanzania (4), Tunisia (4), dan masing-masing satu dari Burundi, Iraq, Jordan, Belanda, dan Oman. – AFP  sumber

No comments: