Thursday, October 15, 2015

Aksi Gila Berbahaya Dirakam

LASKA 14 Okt. - Seorang lelaki Alaska mengejutkan orang ramai apabila dengan berani menyahut cabaran meniti atas tali atau slackline di atas sebuah kolam yang dipenuhi buaya. Peniti tali profesional, Josh Beaudoin, melakukan aksi ngeri tersebut dengan penuh berhati-hati tanpa menggunakan tali keselamatan ketika beberapa ekor buaya di dalam air dilihat agresif memerhatikan gerak-gerinya.

Josh Beaudoin menyahut cabaran meniti atas tali atau slackline

Menurut Mirror UK yang me­nemuramah Beaudoin, sekurang-kurangnya 10 ekor buaya kelaparan berada di dalam kolam memerhatikan pelagak negeri berusia 33 tahun itu berjalan di atas titian tali sehingga ke hujung kolam. “Ketika melakukan aksi sebegini, memikirkan apa yang bakal berlaku itu agak menghiburkan, namun adalah penting untuk me­ngakui perasaan takut yang hadir, tetapi jangan sesekali membiarkannya mengawal anda,” katanya.

Menurut Beaudoin, ramai yang berfikir bahawa aksi tersebut tidak berisiko kerana dia berada di atas air, tetapi masih tetap berbahaya terutama ketika kakinya berada terlalu dekat dengan buaya-buaya itu semasa berjalan merentasi kolam. “Pastinya kita akan mendapat perhatian buaya-buaya ini ketika meniti di atas mereka. Ada satu ketika, seekor buaya hanya beberapa beberapa sentimeter daripada kaki saya. “Mata helang mereka tidak akan terlepas apa-apa. Buaya-buaya itu cuba mengangkat kepala, seolah-olah menunggu saya tersandung,” katanya.  sumber

No comments: