Thursday, October 1, 2015

Gas Beracun dalam Tragedi di Mina?

mina 24 september

Dugaan terbaru sebab terjadinya insiden Mina pada 24 September kembali terkuak setelah seorang doktor y6ang berasal dari Mesir yang berkerja di Arab Saudi menemui kewujudan indikasi penggunaan gas beracun dalam insiden tersebut.

Adalah Abdul Hamid Fawzi, mantan penasihat Menteri Kesihatan dan Kependudukan di Mesir, dalam wawancaranya dengan akhbar “Ajil” pada akhir minggu lepas mengatakan, “Dalam pencarian keluarga saya yang dikhabarkan menjadi korban insiden Mina, saya mendapati kes aneh dari mereka yang menjadi mangsa kecederaan dan dirawat di hospital di Mina, Arafat dan Mekkah.”

Abdul Hamid Fawzi melanjutkan, “Tidak hanya satu, tapi lebih dari 50 orang jemaah haji yang cedera dan dirawat mengalami kehilangan memori setelah pengsan selama 2-8 jam, sehingga menyebabkan pihak hospital memberikan mereka identiti tidak diketahui kerana hilangnya kemampuan otak mengingat identiti diri.”

“Saya telah mencapai kesimpulan setelah berbincang dengan para pesakit bahaa adanya penggunaan sejenis gas beracun dalam tragedi berdarah di Mina yang menyebabkan kematian bagi mereka yang berada berhampiran sumber gas, dan rosaknya sel otak yang menyebabkan otak kehilangan fungsi penyimpan memorinya,” ujar Abdul Hamid Fawzi.

Menurutnya tidak ada jalan lain selain menurunkan pasukan doktor forensik untuk memeriksa keadaan paru-paru jemaah haji korban tragedi di Mina, untuk memastikan adanya serangan gas beracun atau tidak.
Abdul Hamid Fawzi sendiri menyatakan bahawa dirinya telah mengajukan surat permohonan penyelidikan pasukan doktor forensik kepada Raja Salman, akan tetapi sehingga kini belum ada pegawai Arab Saudi yang berbicara tentang kemungkinan tersebut. (Rassd/Ram) sumber

No comments: