Monday, October 19, 2015

Himpunan Syiah di ARAB SAUDI Dicemari Keganasan



RIYADH: Seorang lelaki menembak mati lima orang di satu perhimpunan Syiah di timur Arab Saudi semalam sebelum polis menembak mati penyerang terbabit, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Satu kumpulan yang mendakwa sekutu kumpulan IS mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu, yang terbaru dalam siri pengeboman dan tembakan yang dikaitkan dengan kumpulan itu di Arab Saudi sejak setahun lalu.

"Akibat insiden tembakan itu, lima rakyat...terbunuh, termasuk seorang wanita. Sembilan yang lain cedera," menurut jurucakap kementerian itu dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pada kira-kira 7 malam (1600 GMT) Jumaat, seorang suspek dengan senjata automatik "mula menembak secara rambang" di Dewan Al-Haidaria di kawasan Saihat di bandar Qatif. Polis bertindak dengan melepaskan tembakan lalu membunuh suspek berkenaan. "Kejadian itu sedang disiasat," katanya. - Reuters  sumber

No comments: