Wednesday, October 21, 2015

Klon Bandar Venice Ada di CHINA

BEIJING 20 Okt. - Anda tidak lagi perlu berkunjung ke Itali untuk menikmati keindahan reka bentuk bangunan Eropah, kecantikan lukisan Renaissance dan menyusuri terusan seperti yang terdapat di bandar Venice. Ini kerana sebuah bandar di timur laut China, Dalian membina Venice versi China yang menyerupai bandar popular Itali itu sebagai tarikan pelancong yang baharu di negara ini.

Menurut portal People’s Daily Online, bandar klon tersebut dibuka secara rasmi sejak Mei lalu selepas dibina kira-kira empat tahun lepas dengan menelan kos sebanyak lima bilion yuan (RM3.3 bilion). Malah lebih menariknya, bandar itu direka oleh sepasukan arkitek Perancis yang menggunakan cetak biru sebenar Venice. Jelas laporan tersebut, bandar replika itu turut dilengkapi terusan sepanjang empat kilometer yang mengelilingi lebih 200 bangunan yang mempunyai reka bentuk Eropah selain terdapat sebuah gondola besar yang diletakkan di tengah-tengah bandar.

 Media tempatan melaporkan, terusan sedalam 1.2 meter dan selebar 15 meter itu boleh menampung jumlah air menyamai terusan Grand Canal yang terdapat di Itali. Bagaimanapun terusan tersebut ditutup kepada pengunjung pada musim sejuk bermula daripada pertengahan bulan November ini sebelum dibuka semula pada Mei tahun depan. - SUMBER

No comments: