Monday, October 19, 2015

MALAYSIA Risau Aktiviti CHINA di Laut China Selatan

Gambar bertarikh 21 Mei lalu yang dirakam pesawat peninjau Amerika

BEIJING 18 Okt. – Kerja-kerja menambak pulau-pulau buatan di Laut China Selatan oleh China sehingga menjadi pertikaian banyak negara, disifatkan sebagai satu provokasi yang tidak munasabah. Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkefli Mohd. Zin berkata, China sering memberi jaminan bahawa kerja menambak itu adalah bagi kegunaan awam, penyelidikan maritim, dan memudahkan urusan pelayaran kapal.

 “Saya mahu membangkitkan isu provokasi yang tidak wajar oleh China berkaitan isu tambakan pulau di Laut China Selatan. “Jadi, masa akan menceritakan apa niat sebenar China. Pada masa yang sama, kita perlu menerima alasan yang diberikan kerajaan China untuk membangunkan pulau-pulau itu. “Saya harap pembinaan itu untuk tujuan baik,” katanya semasa Forum Keselamatan Xiangshan di Beijing, di sini hari ini.

Malaysia mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan China berhubung tuntutan di Laut China Selatan, tidak seperti Vietnam dan Filipina yang lantang menyatakan bantahan. Awal bulan ini, China menyatakan pihaknya telah siap membina rumah api di Terumbu Cuarteron dan Terumbu Johnson South di Kepulauan Spratly yang kononnya akan membantu usaha mencari dan menyelamat maritim, keselamatan navigasi, dan usaha bantuan bencana. sumber

No comments: