Wednesday, October 21, 2015

PAKISTAN - 11 Maut dalam Letupan Bom



QUETTA: Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dan ramai lagi cedera, apabila sebutir bom meletup dan memusnahkan bas penumpang di wilayah Baluchistan, barat daya Pakistan, kelmarin, kata pegawai tempatan.

Seorang pegawai pemusnah bom berkata, bahan letupan yang besar itu diletakkan di bahagian belakang bas yang membawa pekerja dari pusat bandar Quetta ke rumah mereka di pinggir bandar. Letupan itu mengakhiri suasana reda daripada serangan, baru-baru ini di ibu negara wilayah itu, selepas lama menjadi sasaran kumpulan Islam dan pemberontak pemisah.

Setiausaha Dalam Negeri Wilayah Baluchistan, Akbar Hussain Durrani, berkata angka kematian akibat letupan bas mencecah 11, manakala 22 orang cedera. Seorang pegawai kanan polis dan doktor di hospital utama di bandar ini mengesahkan angka korban itu. Komander Abdul Razzaq dari skuad pemusnah bom berkata bom itu diletakkan di belakang kenderaan. "Peranti letupan seberat enam kilogram disembunyikan di bahagian belakang bas. Kemungkinan besar ia adalah peranti masa," katanya. - AFP sumber

No comments: