Thursday, October 15, 2015

RUSIA Bedil 40 Sasaran IS di SYRIA



MOSCOW: Pesawat Russia membedil 40 sasaran IS di Syria dalam tempoh 24 jam lalu, memusnahkan beberapa depoh senjata dan kem latihan, menurut Kementerian Pertahanan.

"Dari Pangkalan Udara Hmeimim, kru pesawat perang Su-34, Su-24M dan Su-25SM melakukan 41 serangan terhadap 40 sasaran pengganas IS di Aleppo, Idlib, Latakia, Hama dan Deir Ezzor," kata jurucakap kementerian itu, Igor Konashenkov, dalam satu kenyataan.

 Beliau berkata, pesawat pengebom Russia juga memusnahkan kemudahan yang digunakan pejuang bagi membuat alat letupan dan bom kereta berhampiran bandaraya Aleppo.

 "Semua bom itu untuk digunakan dalam serangan keganasan di bandaraya-bandaraya Syria dan penempatan serta kedudukan tentera kerajaan," katanya. - AFP sumber

No comments: