Wednesday, October 21, 2015

SEMESTA - Bintang Misteri Cetus Kontroversi


Gambaran artis.

WASHINGTON: Satu bintang misteri kira-kira 1,500 tahun cahaya dari Bumi mencetuskan kontroversi berikutan pergerakan cahaya yang luar biasa, menyebabkan ramai yang beranggapan suatu ketamadunan makhluk asing sudah ditemui.

Tapi bagi NASA tidak secepat itu untuk tampil dengan tanggapan sedemikian. "Bintang misteri itu yang dikenali KIC 8462852 memang mempunyai keluk cahaya yang agak pelik," kata Steve Howell, saintis NASA yang mengendalikan teleskop pencerap planet, Kepler yang dilancarkan pada 2009 tapi hilang orientasi konsepsinya pada 2013.

"Ia memang kelihatan seperti planet biasa atau titik pendua keluk cahaya bintang. Bagaimanapun, mengatakannya ada kaitan dengan makhluk asing adalah kenyataan yang agak berlebih-lebihan," katanya menerusi e-mel.

Satu laporan akhbar sebelum ini yang memetik sekumpulan saintis dan pelajar doktor falsafah di Yale University, menggambarkan planet itu mempunyai corak cahaya yang luar biasa dan membayangkan ada sesuatu yang kelihatan berpusing di sekitar planet itu. - AFP sumber

No comments: