Saturday, November 21, 2015

2 Lagi Warga Israel Berjaya Dibunuh

Intifada III: 2 orang "Israel" tewas, 2 orang luka-luka di Tel Aviv dalam serangan penikaman

Dua warga Israel dilaporkan terbunuh dan dua lagi mengalami kecederaan pada hari Kamis (19/11/2015), dalam serangan penikaman yang terjadi di selatan Tel Aviv, menurut laporan polis Israel dan petugas medik.

Menurut IMEMC, jurucakap polis “Israel”, Luba al-Samri, mengatakan bahawa serangan penikaman itu terjadi di bangunan Panorama, di jalan Ben Tsavi, menyebabkan seorang “Israel” yang berusia sekitar 20 tahun terbunuh di lokasi kejadian. Satu orang “Israel” yang cedera parah meninggal tidak lama setelah dibawa ke Hospital Ichelov Tel Aviv, ungkap al-Samri. Dua orang lainnya juga cedera dalam serangan itu, kata perkhidmatan kecemaracan Israel Magen David Adom.

Polisi Israel mengatakan bahawa suspek berusaha memasuki sebuah Sinagog di dalam bangunan itu, tapi dicegah oleh orang ramai. Dua suspek yang berbeza diyakini telah menikam orang “Israel”, salah satunya adalah orang Palestin dari Dura yang ditangkap oleh orang awam “Israel”, kata jurucakap polis.

Penduduk setempat mengidentifikasi penyerang sebagai Raed Muhammad Jabara Al-Masalma, dari desa Beit Awwa, sebelah barat Hebron. Polis menahan suspek yang cedera ketika pasukan tiba di lokasi kejadian, al-Samri menambahkan. Suspek yang lain dilaporkan melarikan diri dari lokasi kejadian, menurut saksi. Al-Samri mengatakan bahawa insiden itu sedang diselidiki.

Media Israel melaporkan bahawa suspek orang Palestin itu telah mendapatkan izin untuk memasuki “Israel” bulan lalu. Serangkaian serangan telah dilakukan oleh orang Palestin terhadap tentera dan orang awam negara haram Israel sejak awal bulan lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang Israel terbunuh. - sumber

No comments: