Wednesday, November 18, 2015

Banjir di SAUDI, 8 Maut

Hujan lebat dan angin kencang melanda Jeddah dan bahagian lain di Arab Saudi pada Selasa (17/11/2015) menyebabkan lapan orang terkorban, jalan-jalan banjir, pepohonan tumbang, dan penutupan bekalan elektrik secara luas, sebagaimana menurut oleh Arab News.

Menurut laporan, dua orang terkorban di daerah Faisaliyah ketika mereka terkena renjatan elektrik saat berpegangan ke tiang elektrik di jalan yang banjir, sementara dua lainnya cedera.

Di Hail, seorang kanak-kanak dihanyutkan banjir di Wadi Bida bin Khalaf, kata Nafi Al-Harbi, jurucakap Pertahanan Awam di wilayah tersebut. Dia mengatakan bahawa pasukan penyelam berhasil menemukan tubuh akanak-knak itu, sementara pencarian sedang berlangsung untuk menemukan kanak-kanak yang lainnya. Kedua-dua kanak-kanak itu adalah bersaudara, berusia 9 dan 12.

Seorang kanak-kanak Sudan juga berhasil diselamatkan di lembah yang sama.

Di Yanbu, para penyelam dari Pertahanan Awam menemui lima mayat, termasuk dua anak kecil, di desa Al-Bathna yang dilanda banjir. - sumber

No comments: