Thursday, November 19, 2015

CHINA Bunuh 17 Orang di Xinjiang

gambar fail merakamkan pasukan polis separa tentera China mengadakan

BEIJING 18 Nov. - Pihak keselamatan China membunuh sebanyak 17 orang termasuk wanita dan kanak-kanak, yang dituduh terlibat dalam satu serangan berdarah di lombong arang batu di wilayah Xinjiang pada September lalu. Stesen radio yang beroperasi di Amerika Syarikat (AS), Radio Free Asia yang memetik sumber keselamatan China melaporkan, tentera China bertindak meletupkan gua yang menjadi tempat persembunyian kesemua mangsa di sebuah lokasi yang tidak didedahkan.

Jelas sumber terbabit, tiga lelaki yang dibunuh merupakan ketua kumpulan yang bertanggungjawab melancarkan serangan di lombong arang batu di Sogan dekat Aksu pada 18 September lalu yang menyebabkan sekurang-kurangnya 50 orang terbunuh. Baki 14 lagi mangsa yang dibunuh, termasuk wanita dan kanak-kanak merupakan ahli keluarga kepada ketiga-tiga suspek berkenaan.

Radio Free Asia mendakwa kesemua suspek yang terbunuh merupakan etnik majoriti Han, tetapi pihak berkuasa China mendakwa kumpulan pemisah daripada etnik minoriti Islam Uighur sebagai dalang serangan tersebut. Bagaimanapun, kerajaan Xinjiang gagal dihubungi untuk mengulas lanjut tentang operasi tersebut. – REUTERS - sumber

No comments: