Sunday, November 22, 2015

CHINA Janji Sumbangkan RM61 Juta Cari MH370

SHANGHAI, 21 Nov. – China berjanji akan menyumbangkan sebanyak AUS$20 juta (RM61 juta) bagi membantu membiayai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines, MH370, yang hilang pada 2014. Perdana Menteri China, Li Keqiang, yang sedang melawat Malaysia, membuat tawaran itu pada pertemuan dengan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull, menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman web kerajaan pusat China, hari ini.

Australia kini mengetuai operasi sukar di selatan Lautan Hindi untuk mencari kehilangan misteri pesawat tersebut pada 8 Mac tahun lalu bersama-sama 239 orang di dalamnya, majoriti adalah warga Malaysia dan China. Li dipetik sebagai berkata bahawa beliau berharap Malaysia dan Australia akan meneruskan usaha mencari dan mengekalkan “keberkesan komunikasi” dengan China.

 Pada September lalu, pegawai Perancis mengesahkan bahawa rangka sayap yang ditemui di sebuah pulau terpencil di Lautan Hindi merupakan sebahagian daripada MH370, sebulan selepas ujian ke atas flaperon yang ditemui itu dijalankan.

Berdasarkan analisis satelit ke atas pesawat itu, pencarian yang tertumpu di dasar laut di luar perairan pantai barat Australia, setakat ini telah meliputi kawasan seluas 60,000 kilometer persegi. Pencarian ke atas keseluruhan kawasan itu dijangka selesai pada akhir Jun 2016, kata Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan, bulan lalu. – AFP sumber

No comments: