Tuesday, November 17, 2015

Cubaan Seludup Arak Berlabel Pepsi ke SAUDI

Cubaan menyeludup minuman keras dengan meletakkan label jenama

RIYADH 16 Nov. – Cubaan seorang lelaki menyeludup minuman keras dengan meletakkan label jenama Pepsi di sekeliling tin menemui kegagalan selepas tindakan tersebut berjaya dikesan pihak berkuasa. Laman web Mirror.co.uk me­laporkan, lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu ditahan ketika cuba untuk menyeberangi kawasan sempadan Al Batha, Arab Saudi.

Suspek ditahan selepas pihak berkuasa sempadan berasa curiga dengan kargo tin minuman tersebut yang dipercayai mahu dibawa masuk ke Arab Saudi. “Trak yang ditahan kelihatan seperti membawa tin minuman berkarbonat Pepsi dan langsung tidak mencurigakan. “Namun, setelah proses pemeriksaan dijalankan, kami mendapati tin tersebut merupakan minuman keras yang dibalut dengan pelekat Pepsi,” kata Pengarah Sempadan Al Batha, Abdulrahman al- Mahna.

 Suspek kini berada dalam tahan pihak polis dan tidak ketahui apakah tindakan yang bakal dihadapinya. Berita tentang penahanan itu telah tersebar secara meluas di laman sosial dengan pengguna berharap kerajaan memperketatkan kawalan di sempadan bagi menghalang daripada kejadian sama berulang kembali. sumber

No comments: