Sunday, November 15, 2015

IS Mengaku Terlibat dalam Serangan di Paris



KAHERAH: Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab dalam serangan di Paris sebagai tindak balas terhadap kempen yang dijalankan Perancis ke atas pejuang IS dan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Kumpulan itu dalam satu kenyataan memberi amaran keras terhadap Perancis yang terus menjadi sasaran utama jika negara itu masih meneruskan dasar-dasar mereka.

Kumpulan IS pada awal pagi Sabtu mengedarkan satu video tidak bertarikh mengancam untuk menyerang Perancis jika pengeboman pejuang IS diteruskan. Menerusi media rasmi kumpulan itu, Al-Hayat Media Centre, IS membuat ancaman menyeru penduduk Islam Perancis melancarkan serangan.

Lokasi video kumpulan IS itu tidak diketahui dan tarikh sebenar rakaman itu juga tidak dapat dipastikan tetapi mesej yang disampaikan IS adalah jelas sebagai tindak balas mereka terhadap Perancis. Video itu memaparkan seorang pemberontak yang mengaku sebagai warga negara Perancis, duduk bersila dalam kumpulan yang memakai seragam dan memegang senjata dalam apa yang kelihatan seperti kawasan hutan. Video itu turut menunjukkan kumpulan militan membakar pasport Perancis. - REUTERS  sumber

No comments: