Saturday, November 21, 2015

MALAYSIA - Kes Buli, 4 Pelajar Sekolah Agama Ditahan

ALOR SETAR: Polis Kedah menahan empat pelajar lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes buli seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah agama swasta dekat sini, sehingga menyebabkan mangsa cedera serius di pinggang dan pundi kencing, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata empat pelajar lelaki berusia antara 15 dan 18 tahun ditahan pada jam 8.45 malam tadi di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

"Kita sudah tahan empat pelajar yang disyaki terbabit dalam kejadian itu dan seorang lagi dipercayai akan ditangkap dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi. Kelmarin, pelajar berusia 13 tahun, Mohd Irfan Azizan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), dekat sini selepas mengalami kecederaan dan pendarahan serius di beberapa bahagian badan akibat dibelasah lima senior di asrama sekolah berkenaan.

Pelajar berasal dari Kodiang itu ditumbuk dan ditendang rakan senior selepas dituduh mencuri telefon bimbit milik salah seorang daripada mereka.  sumber

No comments: