Sunday, November 22, 2015

MALI Isytihar Darurat 10 Hari



BAMAKO: Kerajaan Mali hari ini mengisytiharkan darurat di seluruh negara selama 10 hari susulan kejadian serangan yang mengorbankan 27 orang di sebuah hotel di Bamako, ibu negara itu, semalam. Dalam siaran televisyen di seluruh negara, Presiden Ibrahim Boubacar Keita turut mengumumkan tiga hari berkabung sebagai tanda sedih dan simpati ke atas mangsa tragedi.

Mangsa yang terbunuh setakat ini termasuk tiga warga China, masing-masing seorang rakyat Amerika dan Belgium. Anggota komando Mali menyerbu hotel berkenaan bagi membebaskan 170 tebusan yang ditawan penyerang bersenjata selama lebih sembilan jam. Menteri Keselamatan Mali, Salif Traore, berkata sekurang-kurangnya 27 tebusan terbunuh manakala tiada lagi tebusan ditahan di Radisson Blu Hotel selepas pasukan bersenjata menyerbu lokasi berkenan.

Sumber pihak keselamatan berkata, dua penyerang sudah pun dibunuh namun pihak berkuasa masih berwaspada sekiranya ada penyerang tidak diketahui. Operasi menyelamat tebusan membabitkan anggota pasukan khas Mali dengan dibantu MINUSMA, iaitu anggota misi keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tentera Amerika dan Perancis. - AP  sumber

No comments: