Thursday, November 26, 2015

Muhyiddin Hormati Keputusan MT UMNO

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghormati keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang menetapkan perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada bulan depan akan dilakukan oleh ketua sayap masing-masing. Jelasnya, beliau menghormati keputusan MT UMNO itu meskipun tidak berpeluang menyampaikan amanat dalam Perhimpunan Agung ketiga-tiga sayap parti berkenaan sebagaimana dilakukannya sejak enam tahun lalu.

“Perjuangan saya di dalam UMNO bukanlah untuk mempertahankan mana-mana individu, tetapi untuk membela agama, bangsa dan negara yang tercinta. “Insya-Allah, saya akan terus istiqamah di atas landasan perjuangan suci ini,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mesyuarat MT UMNO memutuskan perasmian perhimpunan agung ketiga-tiga sayap parti berkenaan dilakukan oleh ketua sayap masing-masing berdasarkan cadangan daripada sayap-sayap terlibat. Keputusan berkenaan dibuat memandangkan kepemimpinan parti mahu memastikan Perhimpunan Agung UMNO kali ini berlangsung dalam suasana baik dan positif. -  sumber

No comments: