Sunday, November 22, 2015

Perigi Mistik di Bali

Seorang penjaga kawasan suci di Segera Rupek, Bali memeriksa satu

JEMBRANA , Bali – Masyarakat tempatan di Desa Adat Gilimanuk dekat daerah Melaya di sini, percaya tiga perigi ajaib yang terdapat di wilayah ini mempunyai keistimewaan untuk merawat penyakit yang disebabkan ilmu hitam. Menurut laporan Tribunnews, ketiga-tiga perigi berkenaan terletak di kawasan Segera Rupek, kira-kira 35 kilometer di selatan kawasan hutan Cekik, Taman Negara Bali Barat dan merupakan antara 10 tempat suci yang menjadi tarikan pelancong tempatan serta asing.

Jelas laporan tersebut, perigi itu dianggap unik kerana airnya mempunyai warna berbeza iaitu merah, hijau dan putih, tetapi perbezaan warna berkenaan tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Selain itu, air perigi yang berasal dari enam sumber mata air dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit terutamanya ilmu hitam.

Tribunnews menjelaskan, kawasan mata air itu ditemukan pada tahun 1996 oleh seorang penduduk tempatan, Mangku Gede Linggih sebelum dimajukan oleh sebuah badan kebajikan, Yayasan Sidi Mantra pada 2001. Kebiasaannya, pengunjung yang menghadapi masalah kesihatan akan datang ke perigi berkenaan untuk mandi kerana airnya dipercayai mempunyai khasiat menyembuhkan penyakit misteri.  SUMBER

No comments: