Wednesday, November 4, 2015

Pilihanraya TURKI dan MESIR

Mesir dan Turki kembali menjadi sorotan dunia setelah dalam tempoh waktu setengah bulan terakhir baru saja mengadakan pesta rakyat untuk memilih anggota parlimen yang akan mewakili suara mereka dalam pemerintahan.
 
Akan tetapi tahukah kita apa perbezaaan pilihanraya umum di masing-masing negara yang akan berpengaruh besar dalam kancah politik di Timur Tengah?

Waktu Pelaksanaan Pilihanraya

Pilihanraya 1 November di Turki adalah piliuhanraya ulang untuk memilih anggota Parlimen baru, setelah pada 7 Jun lalu Parti Keadilan dan Pembangunan sebagai pemenang majoriti tidak dapat membentuk pemerintahan koalisi.

Sedangkan Mesir lebih dahulu melaksanakan pilihanraya parlimen pada 18 dan 19 Oktober, dan menetapkan tanggal pilihanraya ulang di 27 dan 28 dari bulan yang sama.

Jumlah Pemilih

Jumlah pemilih di Turki mencapai 54,490,940 orang, sedangkan di Mesir mencapai 55,606.578 pemilih.

Jumlah Kerusi

Pilihanraya Mesir merebutkan 568 kerusi, di mana 448 kerusi diperebutkan secara independen masing-masing calon parti. Sedangkan bakinyanya 120 kursi diperebutkan melalui sistem khusus seperti anggota DPD di Indonesia.

Sementara itu plihanraya parlimen Turki memperebutkan 550 kerusi, dan 51 peratus di antaranya berhasil diperoleh Parti Keadilan dan Pembangunan dalam pilihanraya hari Ahad lepas.

Jumlah Parti

Di Mesir ada 13 parti yang merebut 568 kursi, sedangkan di Turki ada 16 parti.

Peratus Penyertaan

Di sini terjadi perbedaan besar di mana pilihanraya Mesir hanya diikuti oleh 25% warganya di dalam negeri, sementara warga yang berada di luar negeri mencapai 40%.

Sementara 87.6% warga Turki ikut serta dalam pilihanraya kali ini, dan mereka yang berada di luar mencapai angka 43%. (Rassd/Ram) sumber

No comments: