Sunday, November 22, 2015

Serangan Udara di SYRIA, 36 Terbunuh



BEIRUT: Sekurang-kurangnya 36 terbunuh dalam gabungan serangan udara Russia dan Syria ke atas wilayah timur Deir Ezzor yang dikawal Kumpulan Negara Islam (IS).

"Sekurang-kurangnya 36 orang maut dan berpuluh lagi cedera selepas lebih 70 serangan dilancarkan pesawat Russia dan Syria ke atas beberapa daerah dalam wilayah Deir Ezzor," kata jurucakap Badan Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman.

Beliau menyifatkan serangan udara yang menggabungkan angkatan tentera dua negara itu sebagai paling terburuk sejak krisis Syria memuncak pada 2011. - AFP sumber

No comments: