Tuesday, November 17, 2015

Tunjuk Perasaan Anti Islam di PERANCIS

Penunjuk perasaan anti-Islam menggunakan suar sambil membawa sepanduk

PARIS 16 Nov. – Penunjuk perasaan anti-Islam menggunakan suar dan sepanduk yang tertera tulisan ‘Usir Islam’ semasa mengganggu satu perhimpunan aman bagi memperingati mangsa serangan pengganas Paris dalam satu kejadian di utara Perancis, semalam. Tindakan kumpulan berhaluan kanan Perancis di bandar Lille itu dipercayai didorong oleh kenyataan pemimpin Parti Barisan Nasional, Marine Le Pen yang mendakwa Pe­rancis ‘tidak lagi selamat’ dan mahu negara mengambil semula kawalan sempadannya selepas serangan Jumaat lalu yang mengorbankan seramai 129 orang.

Bagaimanapun, gangguan kumpulan itu yang melaung-laungkan slogan ‘Keluar Islam’ dan membakar suar berjaya dihentikan selepas mereka dikejar kumpulan Liga Hak Asasi Manusia (HRL) yang membe­ritahu mereka, ‘Berambus fasis’. Mail Online melaporkan, perhimpunan itu bermula pada pukul 3 petang waktu tempatan sebelum penunjuk perasaan berkenaan ‘menyerang’ dataran utama bandar itu sambil melaung-laungkan mesej anti-Islam dan membakar bunga api kira-kira 15 minit kemudian.

Kumpulan itu turut melaung-laungkan mesej anti-Islam ke arah polis Lille yang dipanggil untuk mengawal keadaan sebelum situasi tidak dapat dikawal sehingga me­rebak ke jalan raya sekali gus mengganggu aliran trafik.sumber

No comments: