Thursday, November 26, 2015

TURKI Beri Amaran 10 Kali Sebelum Tembak Jet RUSIA

Turki merilis audio yang menunjukkan peringatan terhadap jet Rusia sebelum ditembak jatuh

Militer Turki mendedahkan serangkaian rakaman audio pada Rabu (25/11/2015) yang memperdengarkan peringatan terhadap jet tempur Rusia sebelum ditembak jatuh oleh jet tempur Turki, lapor AFP.

“Ini adalah Angkatan Udara Turki yang berbicara untuk berjaga-jaga. Anda mendekati wilayah udara Turki. Ubah arah anda ke selatan segera,” suara dari salah satu rakaman yang disiarkan oleh Turki.

Sebelumnya pada Rabu (25/11), Al Arabiya melaporkan telah menerima rakaman yang mereka peroleh dari pilot pesawat terbang komersil yang terbang di wilayah udara yang sama di mana insiden itu terjadi. Pilot yang selamat dari jet tempur Su-24 yang ditembak jatuh oleh jet Turki mendakwa pada Selasa (24/11) bahawa sebelumnya tidak ada peringatan yang diberikan dan pesawat tidak melanggar ruang udara Turki, meskipun Turki berkeras mengatakan bahawa mereka memberi peringatan sebanyak 10 kali dalam lima minit.

Turki mengatakan F-16 nya menembak jatuh jet Rusia mengikut undang-undang, sementara Moscow mendakwa bahawa tindakan itu merupakan “provokasi yang dirancangn”. Penembakan terhadap jet Rusia tersebut mengancam hubungan antara dua negara yang sama-sama memiliki peranan dalam perang Syria. -  sumber

No comments: