Friday, November 27, 2015

TURKI Nafi Beli Minyak dari Militan Daesh (IS)

ANKARA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menafikan dakwaan Russia bahawa negaranya membeli minyak daripada kumpulan militan Daesh (IS), sambil menegaskan perjuangan menentang IS tidak boleh dipertikaikan.

 "Malu. Mana-mana pihak yang mengatakan bahawa kita membeli minyak daripada Daesh (IS) bertanggungjawab untuk membuktikannya. Jika tidak, anda adalah pemfitnah," katanya.

Erdogan berkata, Russia adalah pembekal sumber tenaga terbesar Turki, diikuti Iran. Erdogan juga menafikan dakwaan Russia bahawa Turki bekerjasama dengan IS.

"Pendirian Turki terhadap Daesh sangat jelas sejak dari awal lagi. "Tiada persoalan di sini. Tiada pihak mempunyai hak untuk mempertikaikan perjuangan negara kita terhadap Daesh atau menyalahkan kami," kata Erdogan dalam ucapannya kepada pegawai tempatan di istana presiden di Ankara. - AFP  sumber

No comments: