Thursday, December 17, 2015

AS Undurkan Pesawat dari TURKI

Berpuluh pesawat penggempur Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di Turki bagi menyokong pakatan tentera menentang kumpulan militan Negara Islam (IS) sudah diundurkan dari wilayah itu, kata Pentagon semalam. Jurucakap Pentagon, Laura Seal berkata, namun pesawat dari gabungan menentang IS itu mungkin digunakan secara maksimum di pangkalan udara Incirlik di tenggara Turki pada bulan akan datang.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter melawat Incirlik, dan selepas Presiden Barack Obama memaklumkan bahawa AS akan meningkatkan serangan ke atas kumpulan IS. Sebanyak 12 pesawat F-15 Eagles dan Strike Eagles akan kembali ke pangkalan RAF Lakenheath di England. Jurucakap tentera berkata, penempatan mereka di Turki adalah bersifat sementara.

"Kempen udara kami membabitkan pelbagai pesawat dari lokasi operasi yang berbeza, dan ketibaan serta pelepasan pesawat yang digunakan diambil kira dalam proses perancangan kami," kata Seal. Beliau berkata, 12 pesawat serangan darat A-10 kekal di Incirlik, bersama dengan dron, pesawat F-16 Turki dan pesawat lain dari pakatan yang diketuai AS, yang mengebom sasaran IS di Iraq dan Syria sejak 16 bulan lalu. - AFP  sumber

1 comment:

kaulun said...

12 sahaja--memprotes kebijakan turki
misil patriot turut di tarik dari turki
turki membunuh rakyat turkinya