Tuesday, December 8, 2015

Guna Kayu Api Ganti Petrol dan Diesel

Antara pemandu di Ukraine yang mengubahsuai kenderaan mereka untuk

KIEV 6 Dis. - Harga minyak yang tidak menentu di serata dunia mendorong sekumpulan pemandu di Ukraine mencari alternatif dengan menggunakan kayu sebagai sumber kuasa menggerakkan ken­deraan mereka, sekali gus tidak bergantung lagi kepada petrol atau diesel sebagai sumber bahan api.

Menurut laporan Oddity Central, jumlah pemandu di Ukraine yang mengubah kenderaan mereka semakin meningkat walaupun teknologi itu bukan sesuatu yang baharu kerana pernah digunakan secara meluas semasa Perang Dunia Pertama. Sebagai contoh, Eugene Chernigov, 36, sanggup menukarkan kereta model Opel miliknya menjadi kenderaan yang menggunakan kuasa pembakaran kayu api sejak tahun lalu. Bekerja sebagai guru matematik, Chernigov mempelajari kaedah terbabit menerusi Internet dan menghabiskan masa selama dua bulan untuk membaca topik bagi memahami teknologi yang pernah digunakan pada tahun 1939 itu. Menurutnya, tugas untuk membina sistem minyak alternatif me­rupakan perkara mudah sekiranya konsep teknologi itu difahami.

“Saya menyambungkan alat pembakar kayu api dengan bahagian enjin dan gas yang terhasil daripada pembakaran kayu api akan terkumpul dalam bekas besi yang diletakkan di belakang kereta. “Gas yang terkumpul itu menjadi bahan api alternatif dan mampu bergerak sejauh 100 kilometer bagi pembakaran kayu seberat 18 kilogram,” katanya.

Selain kayu api, Chernigov turut menggunakan botol plastik untuk dibakar dan menyifatkan teknologi terbabit sebagai menjimatkan serta mesra alam kerana hanya mengeluarkan wap air dan karbon dioksida berbanding asap tercemar yang dikeluarkan oleh kenderaan yang menggunakan petrol atau diesel. Idea Chernigov dan beberapa pemandu lain mendapat perhatian media, sekali gus mendorong lebih ramai orang mengubah kenderaan mereka menggunakan kaedah yang sama bagi menjimatkan minyak. Namun Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Ukraine menyatakan penggunaan sistem tenaga yang tidak berdaftar merupakan satu kesalahan dan kaedah terbabit masih lagi dikaji supaya keselamatan orang ramai terjamin.sumber

No comments: