Thursday, December 31, 2015

Helaian Al-Quran Dibuat Trompet Kertas

Penjualan lipatan kertas menyerupai corong yang diperbuat daripada

JAKARTA 30 Dis. – Pihak berkuasa Indonesia menyiasat dalang di sebalik penjualan lipatan kertas se­perti corong menggunakan helaian naskhah al-Quran, satu tindakan yang mencetuskan kemarahan rakyat di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam. Portal Bisnis.com melaporkan, polis daerah Garut di Jawa Barat merampas objek dikenali sebagai trompet kertas itu yang menggunakan helaian naskhah al-Quran, dipercayai dijual untuk sam­butan Tahun Baharu 2016.

“Polis Garut merampas sebanyak 10 trompet kertas daripada peniaga di bahu jalan,’’ kata jurucakap polis Jawa Barat, Sulistyo Pujo Hartono. Trompet kertas yang diperbuat daripada helaian al-Quran turut ditemukan di Kendal, Jawa Tengah dan di beberapa bandar lain di Jawa. Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin meminta polis supaya meneruskan siasatan dengan menyifatkan tindakan itu sama sekali tidak wajar.

Helaian naskhah al-Quran yang tidak lagi digunakan perlu dimusnahkan dan tidak digunakan untuk tujuan lain. “Saya harap kes ini akan selesai tidak lama lagi. Mereka yang terlibat perlu bertanggungjawab atas perbuatan itu,’’ kata Saifuddin dalam satu kenyataan. Polis Jawa Tengah pada awal minggu ini merampas kira-kira 2.3 tan kertas muka depan al-Quran daripada pembuat trompet kertas di Kendal yang didakwa mahu dijadikan objek tersebut. – DPA  sumber

No comments: