Thursday, December 17, 2015

Ikan Keli Gergasi 120 Kg Dipancing



MANTOVA, Itali 15 Dis. – Seorang lelaki berjaya menangkap seekor ikan keli gergasi seberat 120 kilogram, baru-baru ini, dipercayai ikan keli paling besar pernah ditangkap menggunakan pancing. Yuri El Diablo bergambar bersama ikan keli gergasi yang berjaya ditangkapnya ketika memancing di Sungai Po.

Menurut laman web Mirror.com, lelaki berkenaan, Yuri El Diablo Grisendi berjaya menewaskan ikan tersebut ketika memancing di Sungai Po selepas bertarung selama sejam untuk menaikkan ikan gergasi berkenaan, Lelaki berusia 38 tahun dari Renggio Nell Emilia itu, yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam dunia memancing, mengakui tidak pernah melihat ikan keli sebesar itu sebelum ini.

 “Saya berpengalaman dalam memancing selama 20 tahun lalu namun tidak pernah melihat ikan sebesar ini,” ujarnya yang terlalu teruja selepas berjaya menangkap ikan berkenaan. Grisendi berkata, pengalaman menangkap ikan keli gergasi itu sangat menakjubkan dan dia terpaksa bergelut selama sejam bersendirian di atas bot kecil miliknya sebelum berjaya membawa ikan itu ke darat.

“Walaupun berdepan dengan kepayahan ketika menangkap ikan gergasi ini, tetapi ia memberi kepuasan kepada saya,” ujarnya.  sumber

No comments: