Thursday, December 24, 2015

INDIA - Isu Muslim Dibunuh kerana Makan Daging Lembu

LUCKNOW: Polis India hari ini secara rasmi mendakwa 15 suspek yang terbabit dalam pembunuhan seorang lelaki Islam yang didakwa memakan daging lembu akhir September lalu, kes yang mencetuskan bantahan berkaitan toleransi agama.



Dalam kejadian itu, mangsa Mohammad Akhlaq, 50, diseret dari rumahnya di perkampungan Bisada di Uttar Pradesh dan dipukul hingga mati oleh kira-kira 100 orang susulan khabar angin dia memakan daging lembu, pantang larang di negara majoriti Hindu itu.

Ketua Pengarah Polis di Uttar Pradesh, Daljeet Chaudhary, berkata pihaknya memfailkan kertas tuduhan ke atas 15 individu. "Ia adalah kes pembunuhan," katanya sambil menambah antara yang didakwa adalah juvana berusia 17 tahun.

Kes itu menimbulkan kebimbangan bahawa sikap tiada toleransi agama mungkin meningkat di bawah pemerintahan kerajaan sayap kanan Parti Bharatiya Janata pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi. Ketika Modi menggambarkan insiden pembunuhan itu sebagai 'malang', ramai menuding pemimpin itu mengambil masa sehingga beberapa minggu untuk memberi maklum balas.  sumber

No comments: